Skincare Teknologi
Enzim Pertama Malaysia

Pelancaran Ensutouch

16 Mac 2019 | KL Convention Centre Pelancaran produk kecantikan Kajian SIRIM BERHAD berasaskan Enzim Bromelin dari nanas dengan jenama ENSUTOUCH oleh Syarikat Ensu Lifescience Sdn Bhd sempena BioUsahawan 2019. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kehebatan Ensutouch

Inovasi terkini dalam bidang kosmetik. Ensutouch dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik / saintis dari SIRIM BERHAD yang terlatih dan berpengalaman dalam penyelidikan dan pengujian. Pasukan telah melakukan kajian selama 2 tahun melalui kaedah ‘3D Screening Sel’ untuk menghasilkan produk yang terbukti selamat, berkesan dan berkualiti. Ujian telah dijalankan melalui kedua-dua kaedah in-vitro dan in-vivo sebelum dipasarkan.
Ensutouch dihasilkan melalui proses berkualiti, berkesan dan selamat untuk melambatkan proses penuaan, merencatkan keradangan kulit, meningkatkan keanjalan dan seri wajah serta mencerahkan kulit.
Menggunakan teknologi hijau melibatkan pemprosesan biojisim iaitu komponen buah nanas seperti kulit, mahkota dan teras kepada ‘Standardised Extract’ tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.

Bromex Bioactive

Standardised Extract yang dihasilkan mengandungi enzim bromelin serta bahan antiokasida yang distabilkan dengan ‘edible stabiliser’ dan ‘biocampatible preservative’ untuk tahan penyimpanan serta mengekalkan keberkesanan bahan aktif dalam jangka masa panjang.
Setiap produksi ekstrak nanas ini melalui sijil analisa (Certificate of Analisis, COA) tersendiri bagi rujukan kualiti, keselamatan dan standard dari segi profil kimianya, biologikal dan aktiviti enzim.
Produk Ensutouch melalui standard penghasilan tinggi di mana proses ekstrak ini menepati kawalan kualiti, ujian logam berat dan mikrobiologi (APHA) dan bioasai.

Ensutouch Sesuai Untuk Kulit Sensitif?

Produk Ensutouch


TEMPAH SEKARANG


Facebook


Youtube


Instagram


Whatsapp

error: Content is protected !!